Watak Protagonis Engine_Sentai_Go-onger

Go-Ongers

Berpangkalan di sebuah RV The Ginjiro-One. Mereka dibantu oleh BOMPER (Born-to Outerdimension and Mechanic x Pitcrew-type Engine-support Robot) yang merupakan juga penasihat robotik dan mekanik. Ciptaan daripada Jumbowhale

Sosuke Esumi / Go-On Red / Hyper Go-On Red

Berperanan sebagai ketua walaupun agak kelam kabut dan suka membuat keputusan terburu-buru. Merupakan bekas pelumba kereta. Nama samaran beliau ialah Speed King. Apanila dalam keadaan yang bermasalah, Sosuke akan melambungkan syiling utuk menentukan keputusannya. Sebagai Go-On Red dia tidak mudah berputus asa dan rakan seperjuangannya ialah Speedor.

Ren Kousaka / Go-On Blue

Berperanan sebagai seorang "ibu" bagi kumpulan Go-ongers. Beliau pandai memasak dan mengambil berat terhadap apa yang terjadi di sekitarnya. Beliau merupakan seorang bekas pemandu bas dan tidak hairanlah kerana beliau dengan mudah membawa The Ginjiro-One. Diberi gelaran Cyclopedia kerana akalnya yang cerdik. Sebagai Go-On Blue dia adalah orang yang pandai merancang strategi. Pasangannya ialah Bus-On.

Saki Royama / Go-On Yellow

Saki merupakan seorang yang periang dan ceria. Beliau merupakan ahli Go-Ongers yang paling muda. Merupakan seorang bekas penjual makanan di pusat perlumbaan. Saki tetap akan tersenyum walaupun beliau dilanda masalah. Gelaran yang diberikan ialah Sweet Angel. Beliau juga ialah ahli daripada kumpulan idola G3 Princess. Sebagai Go-On Yellow, Saki ialah pemberi semangat kepada rakan-rakannya. Pasangannya ialah Bear-V

Hanto Jo / Go-On Green

Hanto merupakan seorang yang pemalu. Beliau merupakan bekas pekerja di Doki-Doki Pizzeria sehingga Gunpei campur tangan dan menyebabkan dia dibuang kerja. Nama gelaran beliau ialah Vagabond. Sebagai Go-On Green, Hanto merupakan seorang ceria (dapat mengatasi sifat malunya) dan berfikiran positif. Pasangannya ialah Birca.

Gunpei Ishihara / Go-On Black

Gelarannya ialah Chaser.Gunpei pada mulanya seorang yang 'egoistik' dan lagaknya seperti seorang yang panas baran. Gunpei merupakan seorang bekas pegawai polis yang mempunyai rekod yang cemerlang. Selepas menyaksikan Go-Onger menewaskan Gaiark, beliau menyiasat Go-Ongers sehingga beliau dapat menyertai Go-Ongers. Gunpei mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ahli Go-Ongers yang lain. Sebagai Go-On Black beliau adalah ahli yang berani bersama pasangannya Gunpherd.

Go-On Wings

Hiroto Suto / Go-On Gold

Gelarannya ialah Philosopher. Beliau merupakan ketua Go-On Wings dan menganggap Go-On Wings lebih Hebat daripada Go-Onger. Sebagai Go-On Gold beliau hanya serius ketika berlawan. Pasangannya ialah Toripter

Miu Suto / Go-On Silver

Gelarannya ialah Lovely Sensation'. Beliau merupakan adik kepada Hiroto dan selalu mengambil berat akan abangnya. Merupakan ahli daripada G3 Princess. Miu juga mempunyai perasaan terhadap Sosuke. Sebagai Go-On Silver, beliau mematuhi arahan abangnya mahupun Sosuke.Pasangannya ialah Jetras

Engines

Speedor

Merupakan Pasangan Sosuke. Ketua kepada Engines-engines lain. Speedor merupakan hibrid daripada kereta lumba dan burung kondor.